Saturday, 8 November 2014

KARNIVAL SEMARAK JAWI@KEDAH 2014



Hari              :  Khamis - Sabtu
Tarikh          :  16 - 18 Oktober 2014
Tempat        :  Dewan Serbaguna,
                       Komplek Kementerian Dalam Negeri,
                       Bandar Muadzam Shah, Anak Bukit, Alor Setar,
                       Kedah Darul Aman.
Masa           :  10.00 pagi - 6.00 petang

ATURCARA MAJLIS
9.30 pg            : Ketibaan tetamu jemputan
9.45 pg            : Ketibaan YAB Dato’ Seri Mukhriz Tun Mahathir
   Menteri Besar Kedah
10.00 pg           : Lagu Negaraku dan Allah Selamat Sultan
 : Dendangan Syair
 : Bacaan Doa
 : Ucapan Aluan 
   YB Encik Aminuddin bin Omar
   Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah
: Persembahan Nasyid
: Ucapan Perasmian
  YAB Menteri Besar Kedah 
  YAB Dato’ Seri Mukhriz Tun Mahathir
: Penyampaian Penghargaan Penggiat Jawi dan Khat
: Lawatan ke Pameran dan Gerai
: Jamuan
12.00 tgh         : Majlis Bersurai

          Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menerusi Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) menganjurkan Karnival Semarak Jawi@Kedah 2014 bermula hari ini sehingga Sabtu dalam usaha membudayakan tulisan Jawi dalam kalangan rakyat Malaysia.         
Karnival diadakan dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah itu berlangsung di Dewan Serbaguna, Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Bandar Muadzam Shah, Anak Bukit di sini.
         
 Kedah merupakan negeri kedua dipilih bagi penganjuran karnival itu selepas Terengganu pada 2012. Karnival ini mampu meningkatkan kecintaan dan menyuburkan kembali penggunaan tulisan Jawi dalam kalangan masyarakat.   
      
PNM ialah satu-satunya agensi yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan bagi melaksanakan program dan aktiviti berkaitan pembudayaan tulisan Jawi menerusi keputusan Jemaah Menteri pada 2006. Tanggungjawab ini selaras dengan fungsi PNM selaku pusat kebangsaan bagi manuskrip Melayu yang akan mencapai usia penubuhan 30 tahun pada tahun depan.   
    
Pelaksanaan Karnival Semarak Jawi ini dapat melahirkan masyarakat yang berkongsi kebudayaan yang sama kerana tulisan Jawi bukan sahaja milik jiwa Melayu, malahan terdapat bangsa lain seperti Cina dan India, dan juga bangsa-bangsa lain yang dilihat semakin meminati tulisan ini sehingga boleh membaca dan menulis dengan begitu baik.       

Dijangka 15,000 peserta akan menyertai pelbagai aktiviti yang akan dijalankan sepanjang karnival tiga hari itu.







No comments:

Post a Comment