Etika berasal daripada perkataan Greek "ethos" yang
bermaksud perwatakan peribadi. Etika ialah tingkahlaku dan kelakuan moral yang
dilakukan oleh manusia. Etika merujuk kepada prinsip-prinsip benar atau salah
yang boleh yang boleh digunakan oleh individu dalam membuat pilihan. Apabila
berhadapan dengan pilihan, individu perlu memikirkan tindakan-tindakan yang
boleh diambil dan membuat pilihan tindakan moral yang betul.
JADI.....
ETIKA PENGGUNAAN KOMPUTER ialah cara kita menggunakan kemudahan teknologi komputer dan medium yang sedia ada dengan cara yang betul untuk mengelakkan wujudnya JENAYAH SIBER....
JADI.....
ETIKA PENGGUNAAN KOMPUTER ialah cara kita menggunakan kemudahan teknologi komputer dan medium yang sedia ada dengan cara yang betul untuk mengelakkan wujudnya JENAYAH SIBER....
Tindakan tidak
beretika dalam dunia teknologi maklumat melibatkan hak cipta, harta intelek dan
fenomena cetak rompak perisian komputer yang berleluasa. Matlamatnya adalah
penjual mengharapkan keuntungan lumayan tanpa kos pelaburan besar manakala
pengguna hanya mahu mendapatkan produk yang murah tanpa mempertimbangkan aspek
kualiti dan kesan negatif dalam jangka panjang. Masalah ini menjadi semakin
serius dengan adanya kemudahan internet yang memberi laluan kepada perdagangan
elektronik (e-dagang). Perkembangan ini secara tidak langsung menghadkan
pertumbuhan pembangunan perisian dan harta intelek.
CETAK ROMPAK PERISIAN KOMPUTER
Cetak rompak perisian komputer bermaksud
penyalinan secara haram perisian tersebut dengan menggunakan apa-apa cara.
Apabila perisian itu dibeli oleh pengguna, hanya satu salinan perisian itu
boleh disimpan di dalam cakera keras atau cakera liut pengguna. Pengguna tidak
dibenarkan menyalin salinan asal ke dalam cakera keras komputer lain tanpa
kebenaran pengaturcara perisian
tersebut.
Jika pengguna membeli satu perisian dari kedai. Apa yang dibeli
oleh pengguna terbabit ialah bukannya dalam bentuk material, sebagai contoh,
cd-rom/cakera liut, buku panduan, dan lain-lain, tetapi dalam bentuk lesen
penggunaan. Ini bermakna, hanya seorang pengguna dibenarkan menggunakan
perisian itu pada satu masa. Cuba kita anggap perlesenan perisian ini sebagai
buku. Jika Pengguna A membeli sebuah buku novel, pada satu masa cuma seorang
pembaca sahaja boleh membaca buku itu. Tidak ada cara bagi orang lain di tempat
yang lain membaca buku yang sama. Sama seperti perisian komputer, Jika pengguna
itu mahu menggunakan perisian itu di komputer yang lain untuk tempoh yang
tetap, dia terpaksa memadamkan perisian tersebut pada komputer yang asal dan
membuat instalasi perisian pada komputer baru yang mahu digunakan olehnya.
Jika pengguna itu
mempunyai salinan perisian di pejabat dan dia mahu menggunakan perisian itu di
rumah, ketika dia tidak berada di pejabat, maka dia boleh meletakkan perisian
tersebut pada komputernya di rumah dengan syarat pengguna itu seorang sahaja
yang menggunakan salinannya di rumah atau di pejabat.
Antara contoh-contoh
penyalinan haram yang biasa dilakukan oleh pengguna ialah :
Contoh 1
Pengguna A membeli perisian tersebut di kedai, dan dia
memberitahu tentang perisian tersebut kepada Pengguna B. Pengguna B berminat
untuk menggunakan perisian tersebut di komputernya dan meminta supaya Pengguna
A membuatkannya satu salinan perisian tersebut untuk pengguna B gunakan. Ini
adalah cetak rompak perisian yang selalu berlaku di Malaysia.
Contoh 2
Kolej A baru membeli 50 buah komputer baru. Penjaga makmal
komputer itu telah membeli 1 salinan perisian yang hendak digunakan oleh pelajar-pelajar
kolej tersebut di kedai berhampiran. Untuk menjimatkan kos, penjaga makmal
komputer tersebut telah meletakkan perisian tersebut pada cakera keras di 50
buah komputer makmal itu dengan hanya menggunakan hanya 1 salinan asal. Cetak
rompak seperti ini berlaku kebanyakan institusi-institusi pengajian di
Malaysia.
Contoh 3
Pengguna A telah pun memesan sebuah komputer dari sebuah
syarikat yang membekalkan komputer. Oleh kerana tuan punya syarikat itu mahu
menjalin hubungan baik dengan pelanggannya. Dia telah meletakkan bebagai-bagai
perisian kedalam cakera keras komputer tersebut. Ini adalah merangkumi perisian
Windows 95, AutoCad, CorelDraw dan bermacam-macam lagi. Tetapi pengguna hanya
membayar untuk kos perkakasan dan bukan untuk kos perisian. Tuan punya syarikat
komputer itu telah melakukan kesalahan yang besar dengan membuat salinan haram
perisian ke cakera keras pengguna. Pengguna juga dianggap bersubahat jika
pengguna terus menggunakan perisian-perisian yang telah didapati dalam cakera
keras beliau.
No comments:
Post a Comment