Motivasi dan kejayaan merupakan
dua elemen yang tidak boleh disangkal kebergantungannya. Murid-murid memerlukan
motivasi yang akan dijadikan momentum untuk mereka bergerak. Kad galakan penggunaan Frog Vle ini diagihkan
kepada murid supaya mereka lebih terdorong untuk menerokai pangkalan ilmu atas
talian ini.
Bagi memudahkan serta melancarkan sesi PdP menggunakan Frog VLE, satu inisiatif telah dibuat untuk menyediakan Kad Yes ID bagi setiap murid SK Lahar Budi. Kad-kad tersebut mengandungi maklumat nama murid, Yes ID serta password mereka dan dicetak berlainan warna mengikut tahun pembelajaran. Setelah itu, ianya dilaminated dan disimpan di bekas khas dan ditempatkan di meja guru di makmal komputer.
Cara penggunaannya ialah sebelum guru memulakan kelas, kad tersebut akan diedarkan kepada murid-murid. Ini akan membolehkan mereka log masuk ke dalam laman Frog dengan mudah memandangkan mereka sukar untuk menghafal Yes ID masing-masing. Saya kongsikan kad ini kepada pelawat blog.

Kad Yes ID Frog VLE Guru
Kad Yes ID Frog VLE Guru
Kad Yes ID Frog VLE Murid
Kad Yes ID Frog VLE Ibu Bapa
No comments:
Post a Comment