Monday, 10 November 2014

ETIKA PENGGUNAAN KOMPUTER


Etika berasal daripada perkataan Greek "ethos" yang bermaksud perwatakan peribadi. Etika ialah tingkahlaku dan kelakuan moral yang dilakukan oleh manusia. Etika merujuk kepada prinsip-prinsip benar atau salah yang boleh yang boleh digunakan oleh individu dalam membuat pilihan. Apabila berhadapan dengan pilihan, individu perlu memikirkan tindakan-tindakan yang boleh diambil dan membuat pilihan tindakan moral yang betul.

JADI.....

ETIKA PENGGUNAAN KOMPUTER ialah cara kita menggunakan kemudahan teknologi komputer dan medium yang sedia ada dengan cara yang betul untuk mengelakkan wujudnya JENAYAH SIBER....


  
Tindakan tidak beretika dalam dunia teknologi maklumat melibatkan hak cipta, harta intelek dan fenomena cetak rompak perisian komputer yang berleluasa. Matlamatnya adalah penjual mengharapkan keuntungan lumayan tanpa kos pelaburan besar manakala pengguna hanya mahu mendapatkan produk yang murah tanpa mempertimbangkan aspek kualiti dan kesan negatif dalam jangka panjang. Masalah ini menjadi semakin serius dengan adanya kemudahan internet yang memberi laluan kepada perdagangan elektronik (e-dagang). Perkembangan ini secara tidak langsung menghadkan pertumbuhan pembangunan perisian dan harta intelek.

CETAK ROMPAK PERISIAN KOMPUTER

Cetak rompak perisian komputer bermaksud penyalinan secara haram perisian tersebut dengan menggunakan apa-apa cara. Apabila perisian itu dibeli oleh pengguna, hanya satu salinan perisian itu boleh disimpan di dalam cakera keras atau cakera liut pengguna. Pengguna tidak dibenarkan menyalin salinan asal ke dalam cakera keras komputer lain tanpa kebenaran  pengaturcara perisian tersebut.

Jika pengguna membeli satu perisian dari kedai. Apa yang dibeli oleh pengguna terbabit ialah bukannya dalam bentuk material, sebagai contoh, cd-rom/cakera liut, buku panduan, dan lain-lain, tetapi dalam bentuk lesen penggunaan. Ini bermakna, hanya seorang pengguna dibenarkan menggunakan perisian itu pada satu masa. Cuba kita anggap perlesenan perisian ini sebagai buku. Jika Pengguna A membeli sebuah buku novel, pada satu masa cuma seorang pembaca sahaja boleh membaca buku itu. Tidak ada cara bagi orang lain di tempat yang lain membaca buku yang sama. Sama seperti perisian komputer, Jika pengguna itu mahu menggunakan perisian itu di komputer yang lain untuk tempoh yang tetap, dia terpaksa memadamkan perisian tersebut pada komputer yang asal dan membuat instalasi perisian pada komputer baru yang mahu digunakan olehnya.

Jika pengguna itu mempunyai salinan perisian di pejabat dan dia mahu menggunakan perisian itu di rumah, ketika dia tidak berada di pejabat, maka dia boleh meletakkan perisian tersebut pada komputernya di rumah dengan syarat pengguna itu seorang sahaja yang menggunakan salinannya di rumah atau di pejabat.


Antara contoh-contoh penyalinan haram yang biasa dilakukan oleh pengguna ialah :

Contoh 1 
Pengguna A membeli perisian tersebut di kedai, dan dia memberitahu tentang perisian tersebut kepada Pengguna B. Pengguna B berminat untuk menggunakan perisian tersebut di komputernya dan meminta supaya Pengguna A membuatkannya satu salinan perisian tersebut untuk pengguna B gunakan. Ini adalah cetak rompak perisian yang selalu berlaku di Malaysia.

Contoh 2 
Kolej A baru membeli 50 buah komputer baru. Penjaga makmal komputer itu telah membeli 1 salinan perisian yang hendak digunakan oleh pelajar-pelajar kolej tersebut di kedai berhampiran. Untuk menjimatkan kos, penjaga makmal komputer tersebut telah meletakkan perisian tersebut pada cakera keras di 50 buah komputer makmal itu dengan hanya menggunakan hanya 1 salinan asal. Cetak rompak seperti ini berlaku kebanyakan institusi-institusi pengajian di Malaysia.

Contoh 3 

Pengguna A telah pun memesan sebuah komputer dari sebuah syarikat yang membekalkan komputer. Oleh kerana tuan punya syarikat itu mahu menjalin hubungan baik dengan pelanggannya. Dia telah meletakkan bebagai-bagai perisian kedalam cakera keras komputer tersebut. Ini adalah merangkumi perisian Windows 95, AutoCad, CorelDraw dan bermacam-macam lagi. Tetapi pengguna hanya membayar untuk kos perkakasan dan bukan untuk kos perisian. Tuan punya syarikat komputer itu telah melakukan kesalahan yang besar dengan membuat salinan haram perisian ke cakera keras pengguna. Pengguna juga dianggap bersubahat jika pengguna terus menggunakan perisian-perisian yang telah didapati dalam cakera keras beliau.

PERATURAN DAN KESELAMATAN

PANDUAN PENGGUNAAN KOMPUTER MIKRO
  1. Pengguna komputer mikro adalah bertanggungjawab terhadap penjagaan dan keselamatan peralatan yang disediakan.
  2. Peralatan yang dipasang tidak boleh diubahalih daripada tempat asal tanpa kebenaran.
  3. Pastikan suis punca elektrik dihidupkan terlebih dahulu sebelum menggunakan komputer mikro dan pencetak.
  4. Suis komputer mikro dan punca elektrik hendaklah ditutup sekiranya tidak digunakan.
  5. Kawasan persekitaran yang menempatkan peralatan hendaklah sentiasa dalam keadaan bersih.
  6. Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke bilik berkenaan.
  7. Pengguna adalah dilarang merokok semasa menggunakan peralatan.
  8. Pengguna hendaklah menggunakan peralatan untuk tujuan rasmi sahaja.
  9. Sebarang kerosakan peralatan dan masalah perisian hendaklah dilaporkan kepada BTM.


PENGGUNAAN
  1. Pengguna hendaklah menggunakan komputer mikro dengan cara yang betul.
  2. Pengguna dinasihatkan supaya sentiasa "scan" disket yang digunakan.
  3. Pengguna tidak dibenarkan memformat cakera padat.
  4.  Pengguna tidak boleh memasukkan sebarang perisian ke dalam cakera padat.
  5. Pengguna tidak dibenarkan menyimpan fail/data ke dalam cakera padat melainkan dengan kebenaran.
  6. Pengguna dikehendaki menggunakan disket untuk menyimpan fail masing-masing.
  7.  Disket-disket yang digunakan hendaklah dilabelkan mengikut peringkat keselamatan dan menjadi tanggungjawab mereka untuk menjaganya.
  8. Disket-disket yang mengandungi maklumat/data penting hendaklah dibuat salinan dan disimpan di tempat berasingan.
  9. Pengguna boleh membuat rujukan mengenai perisian/peralatan melalui manual-manual yang disediakan. Apabila mencetak, gunakan kertas pencetak tanpa pembaziran.

Saturday, 8 November 2014

KARNIVAL SEMARAK JAWI@KEDAH 2014



Hari              :  Khamis - Sabtu
Tarikh          :  16 - 18 Oktober 2014
Tempat        :  Dewan Serbaguna,
                       Komplek Kementerian Dalam Negeri,
                       Bandar Muadzam Shah, Anak Bukit, Alor Setar,
                       Kedah Darul Aman.
Masa           :  10.00 pagi - 6.00 petang

ATURCARA MAJLIS
9.30 pg            : Ketibaan tetamu jemputan
9.45 pg            : Ketibaan YAB Dato’ Seri Mukhriz Tun Mahathir
   Menteri Besar Kedah
10.00 pg           : Lagu Negaraku dan Allah Selamat Sultan
 : Dendangan Syair
 : Bacaan Doa
 : Ucapan Aluan 
   YB Encik Aminuddin bin Omar
   Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah
: Persembahan Nasyid
: Ucapan Perasmian
  YAB Menteri Besar Kedah 
  YAB Dato’ Seri Mukhriz Tun Mahathir
: Penyampaian Penghargaan Penggiat Jawi dan Khat
: Lawatan ke Pameran dan Gerai
: Jamuan
12.00 tgh         : Majlis Bersurai

          Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menerusi Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) menganjurkan Karnival Semarak Jawi@Kedah 2014 bermula hari ini sehingga Sabtu dalam usaha membudayakan tulisan Jawi dalam kalangan rakyat Malaysia.         
Karnival diadakan dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah itu berlangsung di Dewan Serbaguna, Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Bandar Muadzam Shah, Anak Bukit di sini.
         
 Kedah merupakan negeri kedua dipilih bagi penganjuran karnival itu selepas Terengganu pada 2012. Karnival ini mampu meningkatkan kecintaan dan menyuburkan kembali penggunaan tulisan Jawi dalam kalangan masyarakat.   
      
PNM ialah satu-satunya agensi yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan bagi melaksanakan program dan aktiviti berkaitan pembudayaan tulisan Jawi menerusi keputusan Jemaah Menteri pada 2006. Tanggungjawab ini selaras dengan fungsi PNM selaku pusat kebangsaan bagi manuskrip Melayu yang akan mencapai usia penubuhan 30 tahun pada tahun depan.   
    
Pelaksanaan Karnival Semarak Jawi ini dapat melahirkan masyarakat yang berkongsi kebudayaan yang sama kerana tulisan Jawi bukan sahaja milik jiwa Melayu, malahan terdapat bangsa lain seperti Cina dan India, dan juga bangsa-bangsa lain yang dilihat semakin meminati tulisan ini sehingga boleh membaca dan menulis dengan begitu baik.       

Dijangka 15,000 peserta akan menyertai pelbagai aktiviti yang akan dijalankan sepanjang karnival tiga hari itu.







Sunday, 12 October 2014

Frog VLE : Kad Yes ID Guru, Murid dan Ibu Bapa



         Motivasi dan kejayaan merupakan dua elemen yang tidak boleh disangkal kebergantungannya. Murid-murid memerlukan motivasi yang akan dijadikan momentum untuk mereka bergerak. Kad galakan penggunaan Frog Vle ini diagihkan kepada murid supaya mereka lebih terdorong untuk menerokai pangkalan ilmu atas talian ini.

          Bagi memudahkan serta melancarkan sesi PdP menggunakan Frog VLE, satu inisiatif telah dibuat untuk menyediakan Kad Yes ID bagi setiap murid SK Lahar Budi. Kad-kad tersebut mengandungi maklumat nama murid, Yes ID serta password mereka dan dicetak berlainan warna mengikut tahun pembelajaran. Setelah itu, ianya dilaminated dan disimpan di bekas khas dan ditempatkan di meja guru di makmal komputer.

         Cara penggunaannya ialah sebelum guru memulakan kelas, kad tersebut akan diedarkan kepada murid-murid. Ini akan membolehkan mereka log masuk ke dalam laman Frog dengan mudah memandangkan mereka sukar untuk menghafal Yes ID masing-masing. Saya kongsikan kad ini kepada pelawat blog.



Kad Yes ID Frog VLE Guru


Kad Yes ID Frog VLE Guru

Kad Yes ID Frog VLE Murid

Kad Yes ID Frog VLE Ibu Bapa

Tuesday, 23 September 2014

MENGIMBAU MAJLIS PERSARAAN SIR MANSOR

sinopsis : sempena persaraan encik mansor bin topil mohamad, warga sk lahar budi telah mengadakan satu majlis persaraan guru pada 11 september 2014 (khamis) pada pukul 10.00 pagi bertempat di dewan sk lahar budi.





Tujuan Majlis tersebut diadakan bagi meraikan persaraan beliau sepanjang beliau berkhidmat sebagai seorang Guru iaitu pada 1 disember 1995  sehingga 11 september  2014. Beliau yang hadir tepat pada pukul 10.00 Pagi telah dijemput dan disambut oleh semua guru dan kakitangan SK Lahar Budi  dengan alunan kompang. Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan Doa dan ucapan aluan pengerusi serta satu persembahan multimedia yang telah dipertontonkan bagi mengimbau kenangan beliau sepanjang perkhidmatan beliau di SK Lahar Budi.

Selepas itu, Penyampaian cenderamata oleh wakil setia kelas,kelab dan persatuan dari warga SK Lahar Budi. Kami warga SK Lahar Budi mengucapkan ribuan terima kasih sepanjang perkhidmatan dan sumbangan beliau berkhidmat disini. Semoga beliau diberkati Allah dan diberikan kesihatan yang baik.

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat di ambil semasa majlis berlangsung ;



















SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN LAHAR BUDI


    Sekolah Kebangsaan Lahar Budi diasaskan pada tahun 1954 sebagai sekolah rakyat. Ianya beroperasi sehingga tahun 1960. Jaraknya dari jalan besar ke Bandaraya Alor Setar ialah sejauh 10 kilometer. Sekolah ini dibuka pada tahun 1.1.1954 M bersamaan 25 Rabiul Akhir 1373H.


            Sekolah ini bermula dengan 3 kelas dan mempunyai 3 kaki tangan. Guru Besar pertama sekolah ini ialah Tuan haji Ahmad Bin Osman Beliau dibantu oleh Tuan Haji Mokhtar dan Encik Ismail. Tuan Haji Ahmad berkhidmat sebagai Guru Besar selama 19 tahun Status sekolah ditukar kepada Sekolah Kebangsaan pada tahun 1960 melalui cadangan pelawat sekolah Encik Idrus Bin Hanafi dan disokong oleh ahli jawatankuasa yang terdiri daripada Encik Shafie Taha, Tuan Haji Awang Bin Yaacob dan Encik Yaacob Bin Yusuf.

        Bermula dengan 3 kelas dan sehingga mendapat Blok A pada tahun 1984, bangunan tambahan iaitu Blok C telah dibina secara gotong-royong dan siap pad atahun 1987.

        Sepanjang tahun 1960 hingga 2000 tidak ada sebarang pembangunan yang dibekalkan ,hanya projek kecil iaitu bengkel Kemahiran Hidup dan Makmal Sains pada tahun 1992.

      Pada tahun 2001, melalui projek naik taraf, beberapa projek telah dapat disiapkan. Antaranya ialah pejabat, bilik guru, tandas guru, pintu pagar, dan tembok sekolah,sistem peparitan dan mengemaskini pintu dibilik HEM ,surau, Perpustakaan dan Bilik Media.

           Keluasan sekolah ini dianggarkan 2.5 relung/5.00 ekar yang mempunyai 6 bilik darjah, sebuah perpustakaan, sebuah bilik sains, sebuah bilik kemahiran hidup, sebuah bilik serba guna yang dijadikan bilik sembahyang , bilik tayangan, bilik mesyuarat dan dewan.


           Pada tahun 2001 juga, sebuah makmal komputer Fasa 2 di bina dan pada tahun 2002 bangunan makmal komputer dan dapat digunakan sepenunhya pada tahun 2004.


        Pada tahun 2006, sebuah bangunan Prasekolah telah dibina dan telah beroperasi dengan baik pada tahun 2007 dengan jumlah muridnya 25 orang.

           Untuk bersukan, sekolah ini hanya mempunyai sebuah padang yang kecil hasil usaha keras pihak sekolah dan PIBG menambak dan menambun 1/8 relung keluasan sawah padi milik sekolah untuk dijadikan padang, bagi menjalankan aktiviti pendidikan jasmani dan bersukan.

          Sekolah ini sewaktu dibuka jumlah muridnya boleh dikatakan ramai dan dalam Gred C. Apabila digredkan semula, ianya telah dikategorikan dalam kumpulan sekolah Gred B, Sekolah Kurang Murid (SKM) iaitu bilangan muridnya kurang daripada 150 orang murid.

       Pada 2009 , jumlah guru adalah seramai ialah seramai 16 orang termasuk seorang Guru Besar, 3 orang guru perempuan dan sembilan guru lelaki, manakala jumlah murid adalah 137 orang.


            Kini 2014, jumlah guru adalah seramai 15 orang guru termasuk seorang Guru Besar, 4 orang kakitangan bukan guru, 3 orang pembantu keceriaan, dan 4 orang pengawal keselamatan yang bertugas bergilir-gilir.

MOTTO, VISI, MISI DAN MATLAMAT SEKOLAH

Motto



Visi



Misi


Matlamat