Monday, 10 November 2014

ETIKA PENGGUNAAN KOMPUTER


Etika berasal daripada perkataan Greek "ethos" yang bermaksud perwatakan peribadi. Etika ialah tingkahlaku dan kelakuan moral yang dilakukan oleh manusia. Etika merujuk kepada prinsip-prinsip benar atau salah yang boleh yang boleh digunakan oleh individu dalam membuat pilihan. Apabila berhadapan dengan pilihan, individu perlu memikirkan tindakan-tindakan yang boleh diambil dan membuat pilihan tindakan moral yang betul.

JADI.....

ETIKA PENGGUNAAN KOMPUTER ialah cara kita menggunakan kemudahan teknologi komputer dan medium yang sedia ada dengan cara yang betul untuk mengelakkan wujudnya JENAYAH SIBER....


  
Tindakan tidak beretika dalam dunia teknologi maklumat melibatkan hak cipta, harta intelek dan fenomena cetak rompak perisian komputer yang berleluasa. Matlamatnya adalah penjual mengharapkan keuntungan lumayan tanpa kos pelaburan besar manakala pengguna hanya mahu mendapatkan produk yang murah tanpa mempertimbangkan aspek kualiti dan kesan negatif dalam jangka panjang. Masalah ini menjadi semakin serius dengan adanya kemudahan internet yang memberi laluan kepada perdagangan elektronik (e-dagang). Perkembangan ini secara tidak langsung menghadkan pertumbuhan pembangunan perisian dan harta intelek.

CETAK ROMPAK PERISIAN KOMPUTER

Cetak rompak perisian komputer bermaksud penyalinan secara haram perisian tersebut dengan menggunakan apa-apa cara. Apabila perisian itu dibeli oleh pengguna, hanya satu salinan perisian itu boleh disimpan di dalam cakera keras atau cakera liut pengguna. Pengguna tidak dibenarkan menyalin salinan asal ke dalam cakera keras komputer lain tanpa kebenaran  pengaturcara perisian tersebut.

Jika pengguna membeli satu perisian dari kedai. Apa yang dibeli oleh pengguna terbabit ialah bukannya dalam bentuk material, sebagai contoh, cd-rom/cakera liut, buku panduan, dan lain-lain, tetapi dalam bentuk lesen penggunaan. Ini bermakna, hanya seorang pengguna dibenarkan menggunakan perisian itu pada satu masa. Cuba kita anggap perlesenan perisian ini sebagai buku. Jika Pengguna A membeli sebuah buku novel, pada satu masa cuma seorang pembaca sahaja boleh membaca buku itu. Tidak ada cara bagi orang lain di tempat yang lain membaca buku yang sama. Sama seperti perisian komputer, Jika pengguna itu mahu menggunakan perisian itu di komputer yang lain untuk tempoh yang tetap, dia terpaksa memadamkan perisian tersebut pada komputer yang asal dan membuat instalasi perisian pada komputer baru yang mahu digunakan olehnya.

Jika pengguna itu mempunyai salinan perisian di pejabat dan dia mahu menggunakan perisian itu di rumah, ketika dia tidak berada di pejabat, maka dia boleh meletakkan perisian tersebut pada komputernya di rumah dengan syarat pengguna itu seorang sahaja yang menggunakan salinannya di rumah atau di pejabat.


Antara contoh-contoh penyalinan haram yang biasa dilakukan oleh pengguna ialah :

Contoh 1 
Pengguna A membeli perisian tersebut di kedai, dan dia memberitahu tentang perisian tersebut kepada Pengguna B. Pengguna B berminat untuk menggunakan perisian tersebut di komputernya dan meminta supaya Pengguna A membuatkannya satu salinan perisian tersebut untuk pengguna B gunakan. Ini adalah cetak rompak perisian yang selalu berlaku di Malaysia.

Contoh 2 
Kolej A baru membeli 50 buah komputer baru. Penjaga makmal komputer itu telah membeli 1 salinan perisian yang hendak digunakan oleh pelajar-pelajar kolej tersebut di kedai berhampiran. Untuk menjimatkan kos, penjaga makmal komputer tersebut telah meletakkan perisian tersebut pada cakera keras di 50 buah komputer makmal itu dengan hanya menggunakan hanya 1 salinan asal. Cetak rompak seperti ini berlaku kebanyakan institusi-institusi pengajian di Malaysia.

Contoh 3 

Pengguna A telah pun memesan sebuah komputer dari sebuah syarikat yang membekalkan komputer. Oleh kerana tuan punya syarikat itu mahu menjalin hubungan baik dengan pelanggannya. Dia telah meletakkan bebagai-bagai perisian kedalam cakera keras komputer tersebut. Ini adalah merangkumi perisian Windows 95, AutoCad, CorelDraw dan bermacam-macam lagi. Tetapi pengguna hanya membayar untuk kos perkakasan dan bukan untuk kos perisian. Tuan punya syarikat komputer itu telah melakukan kesalahan yang besar dengan membuat salinan haram perisian ke cakera keras pengguna. Pengguna juga dianggap bersubahat jika pengguna terus menggunakan perisian-perisian yang telah didapati dalam cakera keras beliau.

PERATURAN DAN KESELAMATAN

PANDUAN PENGGUNAAN KOMPUTER MIKRO
  1. Pengguna komputer mikro adalah bertanggungjawab terhadap penjagaan dan keselamatan peralatan yang disediakan.
  2. Peralatan yang dipasang tidak boleh diubahalih daripada tempat asal tanpa kebenaran.
  3. Pastikan suis punca elektrik dihidupkan terlebih dahulu sebelum menggunakan komputer mikro dan pencetak.
  4. Suis komputer mikro dan punca elektrik hendaklah ditutup sekiranya tidak digunakan.
  5. Kawasan persekitaran yang menempatkan peralatan hendaklah sentiasa dalam keadaan bersih.
  6. Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke bilik berkenaan.
  7. Pengguna adalah dilarang merokok semasa menggunakan peralatan.
  8. Pengguna hendaklah menggunakan peralatan untuk tujuan rasmi sahaja.
  9. Sebarang kerosakan peralatan dan masalah perisian hendaklah dilaporkan kepada BTM.


PENGGUNAAN
  1. Pengguna hendaklah menggunakan komputer mikro dengan cara yang betul.
  2. Pengguna dinasihatkan supaya sentiasa "scan" disket yang digunakan.
  3. Pengguna tidak dibenarkan memformat cakera padat.
  4.  Pengguna tidak boleh memasukkan sebarang perisian ke dalam cakera padat.
  5. Pengguna tidak dibenarkan menyimpan fail/data ke dalam cakera padat melainkan dengan kebenaran.
  6. Pengguna dikehendaki menggunakan disket untuk menyimpan fail masing-masing.
  7.  Disket-disket yang digunakan hendaklah dilabelkan mengikut peringkat keselamatan dan menjadi tanggungjawab mereka untuk menjaganya.
  8. Disket-disket yang mengandungi maklumat/data penting hendaklah dibuat salinan dan disimpan di tempat berasingan.
  9. Pengguna boleh membuat rujukan mengenai perisian/peralatan melalui manual-manual yang disediakan. Apabila mencetak, gunakan kertas pencetak tanpa pembaziran.

Saturday, 8 November 2014

KARNIVAL SEMARAK JAWI@KEDAH 2014



Hari              :  Khamis - Sabtu
Tarikh          :  16 - 18 Oktober 2014
Tempat        :  Dewan Serbaguna,
                       Komplek Kementerian Dalam Negeri,
                       Bandar Muadzam Shah, Anak Bukit, Alor Setar,
                       Kedah Darul Aman.
Masa           :  10.00 pagi - 6.00 petang

ATURCARA MAJLIS
9.30 pg            : Ketibaan tetamu jemputan
9.45 pg            : Ketibaan YAB Dato’ Seri Mukhriz Tun Mahathir
   Menteri Besar Kedah
10.00 pg           : Lagu Negaraku dan Allah Selamat Sultan
 : Dendangan Syair
 : Bacaan Doa
 : Ucapan Aluan 
   YB Encik Aminuddin bin Omar
   Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah
: Persembahan Nasyid
: Ucapan Perasmian
  YAB Menteri Besar Kedah 
  YAB Dato’ Seri Mukhriz Tun Mahathir
: Penyampaian Penghargaan Penggiat Jawi dan Khat
: Lawatan ke Pameran dan Gerai
: Jamuan
12.00 tgh         : Majlis Bersurai

          Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menerusi Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) menganjurkan Karnival Semarak Jawi@Kedah 2014 bermula hari ini sehingga Sabtu dalam usaha membudayakan tulisan Jawi dalam kalangan rakyat Malaysia.         
Karnival diadakan dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah itu berlangsung di Dewan Serbaguna, Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Bandar Muadzam Shah, Anak Bukit di sini.
         
 Kedah merupakan negeri kedua dipilih bagi penganjuran karnival itu selepas Terengganu pada 2012. Karnival ini mampu meningkatkan kecintaan dan menyuburkan kembali penggunaan tulisan Jawi dalam kalangan masyarakat.   
      
PNM ialah satu-satunya agensi yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan bagi melaksanakan program dan aktiviti berkaitan pembudayaan tulisan Jawi menerusi keputusan Jemaah Menteri pada 2006. Tanggungjawab ini selaras dengan fungsi PNM selaku pusat kebangsaan bagi manuskrip Melayu yang akan mencapai usia penubuhan 30 tahun pada tahun depan.   
    
Pelaksanaan Karnival Semarak Jawi ini dapat melahirkan masyarakat yang berkongsi kebudayaan yang sama kerana tulisan Jawi bukan sahaja milik jiwa Melayu, malahan terdapat bangsa lain seperti Cina dan India, dan juga bangsa-bangsa lain yang dilihat semakin meminati tulisan ini sehingga boleh membaca dan menulis dengan begitu baik.       

Dijangka 15,000 peserta akan menyertai pelbagai aktiviti yang akan dijalankan sepanjang karnival tiga hari itu.